Saturday, 16 September 2017

SEKOLAH LESTARI

DEFINISI

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari.

KONSEP

  • Pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
KOMPENAN

  • Pengurusan
  • Kurikulum 
  • Ko kurikulum
  • Penghijauan
PENGURUSAN 

  1. Bilik Pengurusan Lestari
  2. Bilik Pengumpulan Barangan Kitar Semula
STESEN ALAM SEKITAR

  1. Laman Kaktus
  2. Laman Clarias
  3. Laman Aspirasi Minda
  4. Alamanda Bestari
  5. Laman Swafoto
  6. Taman Herba
  7. Jannatul Firdaus
  8. El Hadiqah Al Munawwarah
SUDUT LESTARI

  1. Kreativiti Merentas Inovasi
  2. Patrol Denggi Melestarikan Hidup Tanpa Aedes
  3. Anggerik
  4. Betta splendens
PROJEK LESTARI
  1. Tanaman Lada
  2. Tanaman Limau Kasturi
  3. Pemuliharaan Ikan Keli
  4. Pemuliharaan Arnab
  5. Pemuliharaan Ayam Mutiara

Roket


Pelancaran roket oleh murid-murid Tahun 6...



Tuesday, 12 September 2017

DENGUE PATROL- CINTAI ALAM SEKITAR



OBJEKTIF PROGRAM

1. Untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi tujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi "change agent" kepada masyarakat.

2. Memberi kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi menghindari dan mencegah demam denggi dengan mengamalkan kebersihan.

3. Murid dapat mengetahui dan menyedari bahaya denggi dan kesan-kesannya.

4. Membentuk murid yang bertanggungjawab dan perihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.

5. Mewujudkan masyarakat sifar denggi.

RASIONAL


Program Minggu Cegah Denggi bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya denggi dan kesan-kesannya serta tindakan pencegahan dengan memastikan alam sekitar sentiasa dijaga dengan bersih.

MATLAMAT


Memberi kesedaran kepada murid-murid , warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab menghapuskan tempat pembiakan nyamuyk aedes di kawasan rumah mereka dengan mengamalkan kebersihan dan 3R.

PENGISIAN PROGRAM

23 April 2017    - Pelancaran Kempen Cegah Denggi dan Cintai Alam Sekitar

25 April 2017    - Bicara Cegah Denggi dan Amalan Kebersihan Bersama Dr Muda

26 April 2017    - Pendidikan Pencegahan Denggi Bersamam Pejabat Kesihatan Daerah Kluang

23-27 April 2017 - Pendidikan Pencegahan Denggi Merentas Pdpc Pendidikan Jasmani & Kesihatan      

TENTATIF PROGRAM


10:10 pagi  - Bacaan Doa

                   - Gimik Pelancaran Dengue Patrol & Cintai Alam
   
                   - Sesi Ceramah

                   - Kuiz Cegah Denggi

                   - Kuiz Alam Sekitar

                  - Ucapan Guru Besar

11:50 pagi - Majlis Bersurai
Sudut Dengue Patrol

Ruang Info Dengue Patrol

Ikan Pelaga
Info Ikan Pelaga

Pokok Penghalau Nyamuk




PROJEK CITRUS MICROCARPA

KEMPEN PENGHIJAUAN  JUN 2017


Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetangah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain itu, minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampir air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin_G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

Selain Floretin-G, limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan untuk antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.



















BALAI BACAAN

PEMBANGUNAN LESTARI / MAMPAN


Pembangunan atau kemajuan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar daripada musnah. Pemuliharaan membawa maksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air. hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumber-sumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia. Idea pembangunan lestari dibentuk berasaskan konsep dan prinsip pembangunan secara berterusan dan bermatlamat untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejeaskan keupayaan generasi akan datang.

MATLAMAT


1. Meningkatkan literasi membaca dalam kalangan murid.

2. Memupuk minat membaca sebagai sumber ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar.

3. Memberi pengalaman kepada murid-murid belajar dalam suasana yang membina dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan alam.

4. Menyediakan bahan bacaaan untuk murid-murid mendapatkan ilmu pengetahuan berkaitan alam sekitar untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

5.  Meningkatkan penggunaan Pusat Sumber Sekolah sebagai gedung ilmu pengetahuan.

6. Menjayakan Sekolah Lestari.

RASIONAL


1. Murid-murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh merangsang mereka untuk membaca buku melalui proses pembelajaran kendiri.

2. Mendisiplinkan diri murid-murid dengan kaedah belajar yang betul menggunakan pelbagai sumber pembelajaran.



Hasil Sumbangan Pn Hajah Laila binti Md Noor


Pondok Bacaan


Aktiviti Membaca
Pondok Bacaan Pandangan Belakang
Kotak Soalan Kuiz BM dan BI
Info Lestari

Aktiviti membaca dan mewarna






JOM JAYAKAN 3 R

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah Sk Seri Lalang