Latar belakang

VISI
Sekolah Kebangsaan Seri Lalang Kluang menjadi Sekolah Lestari Alam Sekitar             Terbilang menjelang  2020.

MISI
Misi unit Hal Ehwal Murid  mempunyai perkaitan dengan ciri kelestarian alam     sekitar iaitu:
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan mengekalkan kehijauan di sekeliling sekolah yang memberi kesan kepada seluruh warga sekolah daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek .
                          

Misi sekolah Sekolah Kebangsaan Seri Lalang  ialah
 “Sekolah Lestari Murid Bermotivasi"

 

            OBJEKTIF PELAKSANAAN PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR.
Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa sasaran objektif Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang harus  dicapai oleh SK Seri Lalang pada tahun 2020. Melalui Pendidikan Lestari Alam Sekitar ini, diharapkan akan dapat :-

  1. 1.   Melaksanakan pendidikan yang menerapkan unsur alam sekitar secara berterusan melibatkan semua murid melalui aktiviti pengajaran dan pemudahcara alam sekitar merentasi kurikulum, aktiviti-aktiviti kokurikulum serta projek-projek penghijauan yang dijayakan oleh seluruh warga sekolah termasuk PIBG.
    2.    Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap serta amalan dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
    3.   Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah dengan memastikan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah adalah pada tahap yang tinggi pada setiap masa dan kesannya wujud suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selesa .
    4.    Melalui Program 4K, setiap kelas harus menerapkan elemen alam sekitar di dalam bilik darjah dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus markah dari jumlah 100 peratus markah dalam penilaian  kebersihan kelas bermula dari kelas pra sekolah, kelas pendidikan khas, tahun 1 hingga ke tahun enam pada tahun 2020.
    5.   Memupuk kerjasama antara komuniti sekolah dengan masyarakat setempat, badan kerajaan dan sektor swasta dalam pelaksanaan aktiviti mesra alam.
    6.         Semua warga sekolah berusaha menghayati dan mengamalkan 5R
      7.   Sekolah Kebangsaan Seri Lalang  menjadi penanda aras kepada sekolah lain dan komuniti setempat untuk pelaksanaan Pendidikan Lestari Alam Sekitar selepas tahun 2020.


No comments:

Post a Comment

JOM JAYAKAN 3 R

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah Sk Seri Lalang