KEMPEN PENGHIJAUAN
INFORMASI:-
Kecerian sekolah adalah salah satu elemen penting yang akan mempengaruhi disiplin murid. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Program ini dijalankan sepanjang bulan Ogos 2017. Setiap murid diminta untuk menyumbang sebatang pokok kepada sekolah untuk menjayakan Projek 1 Murid 1 Pokok. Ibu Bapa/Penjaga diminta membantu anak-anak memilih satu pokok yang sesuai untuk disumbangakan kepada sekolah.
PROJEK 1 MURID 1 POKOK.
Projek ini dinamakan "Kempen Penghijauan 1 Murid 1 Pokok".Projek ini dijalankan bagi memastikan persekitaran sekolah kelihatan lebih hijau dan ceria dengan pelbagai jenis flora. Di samping itu, projek ini dapat menarik penyertaan daripada ibu bapa dan penjaga murid untuk terlibat sama dengan memberikan satu pokok untuk disumbangkan kepada pihak sekolah dan seterusnya menjayakan Sekolah Lestari. |
MATLAMAT
Membentuk sahsiah warga SK Seri Lalang yang mantap dalam pemuliharaan dan menghargai alam sekitar.
OBJEKTIF
1. Melahirkan warga sekolah yang cintakan akan keindahan dan keceriaan alam sekitar.
2. Memupuk sikap bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar.
3. Memupuk semangat perpaduan dan ikatan silaturrahim antara warga sekolah dan masyarakat setempat.
4. Menjayakan Sekolah Lestari.
Pusat Lokasi Pengumpulan Pokok 1m1p |
Murid menanam sendiri pokok |
Murid menulis nama di pokok |
Hasil Sumbangan Pokok oleh Murid Pra A |
Sumbangan Pokok oleh Murid Pra B |
No comments:
Post a Comment