KEMPEN SEKOLAH LESTARI
RASIONAL:
Aktiviti 3 R aktiviti yang sangat penting untuk menjayakan Sekolah Lestari
Matlamat :-
1. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan 3R dalam kehidupan untuk memelihara sumber alam sekitar.
2. Memberi bimbingan kepada murid tentang langkah-langkah untuk menjayakan aktiviti 3 R.
3. Memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan karya kreatif hasil barangan kitar semula.
4. Memberi kesedaran kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab memelihara sumber-sumber alam sekar untuk kelestarian melalui 3 R.
Objektif Kempen :
1. Untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti kitar semula bertujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi "change agent" kepada masyarakat.
2. Memberi kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi memelihara sumber alam semulajadi.
3. Murid daat mengetahui dan menyedari kepentingan amalan 3R.
4. Membentuk murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.
5. Membina budaya kreativiti dan berfikiran kreatif dalam kalangan murid.
6. Menjayakan Sekolah Lestari.
Tarikh Pelaksanaan : 12 - 16 Mac 2017
Pengisian Kempen.
12 Mac 2017 - Pelancaran Kempen 3R
13 Mac 2017 - Pertandingan Mengarang Kepentingan 3R dalam kehidupan kita
14 Mac 2017 - Bicara Kempen 3R
15 Mac 2017 - Pertandingan Syarahan Kempoen 3R
16 Mac 2017 - Pertandingan RekaCipta Bahan Terbuang dan Pameran
19 Mac 2017 - Majlis Penyampaian Hadiah
19 - 23 Mac - Pameran Bahan RekaCipta Kreativiti Murid Hasil Bahan Terbuang
Jualan Bahan Kitar Semula |
No comments:
Post a Comment