Monday, 11 September 2017

KEMPEN SEKOLAH LESTARI

KEMPEN JOM JIMAT

Tarikh  :   19 - 23 April 

Sempena Hari Bumi 2017

Peringkat Sekolah

RASIONAL  :  


Elektrik , air dan kertas adalah elemen alam semulajadi yang perlu dijaga untuk mencapai Sekolah Lestari.

MATLAMAT  :


1. Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan amalan penjimatan dalam kehidupan untuk memelihara sumber alam sekitar.

2.  Memberi bimbingan kepada murid tentang langkah-langkah penjimatan yang boleh dilakukan oleh warga sekolah.

3.  Memberi kesedaran kepada warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat terhadap tanggungjawab memelihara sumber-sumber alam sekitar untuk kelestarian.

OBJEKTIF KEMPEN

1. Untuk mendedahkan murid-murid kepada aktiviti penjimatan elektrik, air dan kertas tujuan mewujudkan satu kumpulan yang menjadi "change agent" kepada masyarakat.

2. Memberi kesedaran, kefahaman dan kemahiran bagi memelihara sumber alam semulajadi.

3. Murid dapat mengetahui dan menyedari kepentingan amalan berjimat menggunakan elektrik, air dan kertas.

4. Membentuk murid yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap persekitaran mereka dan bertindak dengan segera.

5. Menjayajan Sekolah Lestari.

PENGISIAN KEMPEN


16 April 2017 - Pelancaran Kempen Jom Jimat Elektrik, Air dan Kertas.

17 April 2017 - Pertandingan Mengarang Kebaikan Amalan Jimat Cermat.

18 April 2017 - Bicara Kempen Jom Jimat Elektrik, Air dan Kertas.

19 April 2017 - Pertandingan Syarahan Kempen Sekolah Lestari Jom Jimat

20 April 2017 - Pertandingan Mewarna

23 April 2017 - Hari Sayangi Bumi Peringkat Sekolah

23 April 2017 - Majlis Penyampaian Hadiah






No comments:

Post a Comment

JOM JAYAKAN 3 R

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah Sk Seri Lalang