KITAR
SEMULA
Secara
mudahnya kitar semula membawa maksud memungut dan mengasingkan sisa
buangan pepejal untuk diproses menjadi produk yang sama atau barangan lain.
Ianya bernilai kerana dapat mengurangkan penggunaan sumber asli dan menjimatkan
kos serta tenaga. Kitar semula adalah cara terbaik untuk menjimatkan
tenaga selain dari mengurangkan kemusnahan alam semulajadi.
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui :
Berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda ketahui :
- Kitar semula satu tin minuman dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah tv berfungsi selama 3 jam!
- Kitar semula satu botol kaca dapat menjimatkan tenaga untuk sebuah komputer berfungsi selama 25 minit!
- Kitar semula satu botol plastik dapat menjimatkan tenaga untuk mentol 60watt menyala selama 3 jam!
- Kitar semula kertas menggunakan kurang 70% tenaga daripada membuat kertas daripada bahan asasnya!
- Tenaga yang ada dalam bahan buangan di dalam tong sampah dalam setahun mampu memberi tenaga untuk tv berfungsi selama 5,000 jam!
- Hampir 60% daribada bahan buangan di dalam tong sampah boleh dikitar semula!
- Hampir 50% sisa buangan boleh dileraikan untuk dijadikan baja.
- Hampir 80% komponen dalam sebuah kereta boleh dikitar semula!
Kitar Semula Mengurang Sisa Buangan
Ianya jelas menunjukkan akan betapa mudahnya sisa buangan
dapat memberikan kita kembali pulangan yang amat berguna dalam menjaga alam
sekitar serta menjimatkan tenaga. Oleh itu setiap dari kita perlu membudayakan
amalan kitar semula kerana ianya amat penting untuk mengurangkan kemusnahan dan
pencemaran alam semulajadi.Kitar semula adalah cara termudah dan terbaik
yang dapat memberi kesan positif kepada alam sekitar dan kehidupan kita kerana
ianya dapat disumbangkan oleh setiap individu.
Fikir Dahulu Sebelum Buang
ReplyDelete