Wednesday, 6 September 2017

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM



1. MATLAMAT PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1.1 Membentuk  murid yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar.
1.2 Memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk berusaha
1.3 Bertindak secara individu atau bersama ke arah penyelesaian isu-isu alam sekitar.
 
2. OBJEKTIF PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
2.1 Pendidikan Alam Sekitar adalah untuk murid mendapat pengalaman, pengetahuan   
      dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
2.2 Murid lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang 
       berkaitan  dengannya. memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan 
       alam sekitar.
2.3 Memberikan murid motivasi untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan
       pemuliharaan alam sekitar.
2.4 Memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan
       sumber-sumber semulajadi yang ada secara terancang.
2.5 Menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar 
      dan penyelesaiannya.
2.6 Memberi peluang kepada murid untuk  melibatkan diri secara aktif dan 
      penyelesaian masalah alam sekitar.


3. KONSEP PENDEKATAN
3.1Merujuk kepada penglibatan warga sekolah termasuk pihak pentadbir, staf 
     sokongan, guru- guru dan murid-murid sekolah.
3.2 Proses membudayakan Pendidikan Alam Sekitar kepada warga sekolah dengan
      menerapkan nilai murni alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,
      kokurikulum dan penghijauan secara berterusan.
3.3 Mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep pembangunan lestari yang
      merupakan payung kepada aktiviti Pendidikan Alam Sekitar yang sedang dan akan
      dilaksanakan di sekolah.


No comments:

Post a Comment

JOM JAYAKAN 3 R

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah Sk Seri Lalang