Saturday, 9 September 2017

SLAAS

Surat dari JAS Putra Jaya.

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Tuan/Puan,

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah tuan/puan telah terpilih ke Penilaian Peringkat Kebangsaan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2017/2018 yang akan diadakan pada 18 Sept. 2017.Pihak sekolah diminta untuk menyampai taklimat berdurasi 30 minit dan mengiringi panel penilai kebangsaan ke kawasan sekolah semasa proses penilaian berlangsung (tentatif seperti di LAMPIRAN 2 ).

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dibenarkan untuk mengemaskini Laporan SLAAS yang telah dihantar semasa penilaian peringkat negeri. Laporan ini kelak akan diserahkan kepada panel penilai kebangsaan semasa lawatan ke sekolah tuan/puan.

Untuk makluman tuan/puan juga, proses penilaian ini tidak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebarang maklumat lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi  Azwan Bin Baron di talian 019-7310449 atau email (azwan@doe.gov.my).

Segala perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

(AZWAN BIN BARON)
Penolong Jurutera JA29
Jabatan Alam Sekitar
Bahagian Komunikasi Strategik
03-88712000 (2065)
https://www.doe.gov.my







LAMPIRAN 2


TENTATIF LAWATAN
PENILAIAN LAPANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH LESTARI-ANUGERAH ALAM SEKITAR (SLAAS) 2017/2018


Masa
Perkara


9.00 pagi

Ketibaan panel penilai kebangsaan


9.30 pagi

                            

Taklimat berkenaan pelaksanaan Program Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2017/2018
-       Pihak sekolah
-       Ketua Panel Penilai


10.00 pagi

Sesi soaljawab


10.15 pagi

Penilaian dokumen


10.45 pagi

Lawatan ke sekitar kawasan sekolah untuk menilai projek-projek yang telah dijalankan


12.00 t/hari

Perbincangan panel penilai sahaja


12.20 t/hari

Rumusan


12.45 t/hari

Bersurai



























Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH.

Sekolah Kebangsaan Seri Lalang telah dipilih untuk mewakili peringkat Daerah Kluang di antara beberapa buah sekolah rendah di negeri Johor, SK Seri Lalang telah terpilih menjadi Johan Peringkat Negeri dan seterusnya mewakili negeri Johor ke peringkat Kebangsaan.

Dimaklumkan pada 18 September 2017 (Isnin) , Pihak Penilaian dari Putra Jaya akan datang ke sekolah kami untuk menilai pertandingan ini. Sebanyak 10 buah sekolah dari seluruh negara yang bertanding.

1. Johor - 1
2. Sabah - 3
3, KL - 2
4. Terengganu - 1
5. Sarawak - 1
6. Perak - 1

Panel Penilai akan terdiri daripada Profesor Madya Dr. Ahmad Faris bin Mohamed dari Lestari UKM, En Muhammad Najib bin Ahmad dari KPM, Pn Rosnani bin Ahmad Kasrin dari JAS Putrajaya, Urusetia Pn Norazma binti Zainuddin dan Azwan bin Baron Penolong Jurutera JA29, Jabatan Alam Sekitar serta En Zulhairi Panel Penilai Peringkat Negeri Johor.


Semoga kejayaan menjadi milik kita.

No comments:

Post a Comment

JOM JAYAKAN 3 R

Watikah Perlantikan Pegawas Sekolah Sk Seri Lalang